suatu ketika dulu aku pernah jatuh..bila ku jatuh ku bangkit semula..sudah beberapa kali ku jatuh tapi hatiku tak pernah gundah, tak pernah kecewa..namun kali ini, hatiku begitu kecewa, begitu terluka, begitu gundah gelana, jiwa ku tidak keruan..aku begitu terasa dengan kejatuhan diriku..aku seperti tiada arah tuju..tiada sokongan..tiada kekuatan..
walaupun telah banyak kali ku rasa kejatuhan, namun jiwa ku kosong tanpa kesedaran..aku leka dengan permainan, aku leka dengan angan-angan..aku tak pernah mengambil pedoman walau banyak pengajaran yang bertaburan dijalanan..aku cuma pandang ke depan tanpa menghitung masa yang berjalan..
setelah sekian lama ku kemurungan, hatiku kuat semula, hatiku gembira, hatiku berbunga walaupun bukan dimusimnya..ini semua kerana aku punya pendorong yang sentiasa memberi ku kekuatan tatkala aku disimbahi laut kemarahan, dicurahi hujan kelemahan, dilandai banjir kesedihan..ku berterima kasih pada-NYA..
di suatu waktu, sedang ku bersendirian, memikirkan nasib diri yang tiada kepastian, hati ku berkata,
“wahai diri, andai kau mahukan yang terbaik untuk dirimu, janganlah kau leka seperti dulu..bangunkan dirimu, ubah gayamu, celikkan matamu, teguhkan pendirianmu, yakinkan jiwamu..hanya kau yang mampu..ubahlah cara hidupmu..aku adalah kau dan kau adalah aku..apa yang terbaik untukku adalah yang terbaik untuk dirimu jua..hormatilah ibu bapa mu..jangan sesekali kau biarkan mereka derita, jangan sesekali menitiskan air mata mereka..ingatlah syurga dibawah telapak kaki ibu..jadilah anak yang solehah..jangan sesekali menderhakai mereka..tanpa mereka tiada kau didunia..kembalilah kepada yang SATU..jangan kau berpaling daripada-NYA..serahkan jiwa raga mu kepada Tuhanmu yang SATU, ALLAH S.W.T. hanya DIA yang berkuasa..mintalah daripadanya..jangan sesekali kau syirik kepada-NYA..”
tatkala ku dengar pesanan hatiku, aku sedih, aku kecewa, mengapa diriku jadi sedemikian rupa?? aku buntu mencari punca..aku hilang arah seketika..kini ku sedar..sedar dari tidur yang lena..rupanya selama ini ku hanya bermimpi..aku tiada di alam realiti tapi di alam fantasi..jiwa ku mula membara..jiwa ku mahukan dunia yang nyata bukan maya semata-mata..
alhamdulillah..setelah mataku terbuka..jelas terhampar jalan didepan ku..jalan yang sentiasa disinari nur cahaya, jalan yang sentiasa ada sorakan kekuatan jiwa..sorakan dari insan yang membuat ku rasa bahagia..
aku bersyukur padamu ya Allah..segala nikmat yang Kau berikan ini tiada tandingannya..tanpa dugaanMu mungkin kini ku masih belum mengerti erti kehidupan di dunia ini..kau hamparkan jalan yang lurus setelah ku melalui jalan yang berliku..kau aturkan insan-insan tersayang disepanjang jalan untuk sorakan kekuatanku..aku bersyukur padaMu..







4 comments:
alhamdulillah...
ko semakin tabah..
ko smakin kuat utk menempuh onak
dan ranjau di depanmu..
Syukurlah..aku bahagia melihat dirimu
bahagia...
hm..
bhgia..mgkin..
kebahagiaan...akn jd milik mu..
insyaAllah
Post a Comment